SELANGOR FC
BERITA

Skuad Wanita Selangor FC Memulakan Kempen FAS Women’s Super League 2024

Feb 21, 2024 - FAS

Skuad Wanita Selangor FC telah membuka tirai saingan FAS Women’s Super League minggu lalu bagi memperkuatkan pasukan sebelum menempuhi saingan Liga Wanita Nasional 2024.

Untuk pengetahuan, skuad Wanita Selangor FC telah diundi dalam Kumpulan A FAS Women’s Super League menentang pasukan-pasukan yang tidak asing dalam saingan ini seperti MBSJ FC, MBPJ FC, Shah Alam FC Swat, UiTM United Lioness, FC Japan Malaysia dan Sternen FC.

Minggu lalu, perlawanan pertama FAS Women’s Super League di antara skuad Wanita Red Giants menentang MBSJ FC telah berlangsung. Biarpun perlawanan berakhir dengan keputusan 1-3, skuad Gergasi Merah berjaya memberikan saingan yang baik semasa menentang MBSJ FC, juara FAS Women’s Super League musim lalu. 

Barisan jurulatih berpuas hati dengan aksi pertama skuad Wanita Selangor FC, “Untuk perlawanan pertama ini pemain telah berikan yang terbaik, kami nampak mereka berikan seratus peratus dalam padang. Mereka juga telah laksanakan apa yang jurulatih mahukan. Tetapi sudah semestinya banyak yang kita perlu perbaiki untuk beraksi dengan lebih baik di masa hadapan. Kami barisan jurulatih akan mengatur jadual latihan yang lebih baik sebelum perlawanan seterusnya.”

Dalam masa yang sama, skuad Wanita Gergasi Merah juga akan beraksi dalam saingan FAS Women’s FA Cup yang akan bermula dengan pusingan Round 16 bagi membuat persediaan sebelum menghadapi saingan Liga Wanita Malaysia (LWN) yang berkemungkinan akan bermula pada bulan Jun nanti.

Berikut adalah jadual perlawanan skuad Wanita Selangor FC bulan Mac:

FAS WOMEN’S SUPER LEAGUE

2 Mac, 5:30 PM - SELANGOR FC vs UiTM UNITED LIONESS

10 Mac, 5:30 PM - SELANGOR FC vs FC JAPAN MALAYSIA

FA CUP (ROUND 16)

6 Mac, 5:30 PM - SELANGOR FC vs PERKEMAS FC

Selangor FC berharap skuad Wanita Gergasi Merah akan mengambil peluang ini untuk perbaiki diri dan pasukan sebelum saingan LWN 2024 bermula. Ayuh Red Giants!

Dapatkan informasi terkini berkenaan skuad Wanita Selangor FC di: Instagram dan Facebook.

Demi Kebanggaan!